Baru muncul ...sudah lama tak muncul kerana agak sibuk sejak dua menjak ni.
Apa pun tahun 2010 ni nampak mcm tak best pulak dari segi politik tetapi dari segi pekerjaan nampak cun...nak gembar gembur pun tak boleh kan terencat, bila terencat tu nak "treat" kaum keluarga pun dah tak best sebab takut tertunda pulak.
Tahun 2010 plan tak banyak nak buat "modal" tetapi tahun 2009 boleh dikatakan 60 peratus apa yang dirancang tertunai. Alhamdulilah syukur. Kepala otak ni macam macam plan yg ada nak buat tetapi biasalah kena ada energy, hard work serta jangan ada sikap nak "meminta" serta "manja". Kalau semua nak "mengharap" bantuan serta "free" semata-mata alamat tak ada daya saing la dengan kaum lain. Titik peluh yang mengalir, kepayahan, kesakitan, jatuh bangun serta kepuasan itu yang penting dalam mencapai impian. Walaupun kecil/sederhana tetapi cukup dan amat berbangga.
(My opinion) Kalau nak kata orang Malaysia ni miskin sangat, income tak ada, tak cukup sentiasa, BOHONGlah. Cuba tengok cara mereka berbelanja, tak kira hari perayaan atau Sale di gedung gedung membeli belah, penuh manusia punya shopping, yang muda mudi jangan dikira la, keluar Uni tak sampai setahun zap at least 2 kad kredit dalam poket, kereta sendiri, makan pun belum tentu di warung siap restaurants, malam Sabtu/Ahad melepak kat luar (ni tak termasuk yg merempit). Cuba tengok Public Holiday siap full hotels kat Msia ni, jem pulak tu. Kalau nak kira travel overseas ASEAN hah tengok banyaknya warga Msia kat Bandung, Jakarta, Bali, Bangkok. Rumah pulak kalau ada 5 isi rumah boleh katakan semua ada transportation sendiri especially kereta. Apa pun sebagai rakyat Msia, aku berbangga rakyat Msia berkemampuan nak membeli serta mengkayakan tauke tauke Cina, Melayu dan India.
Hahahaha lawak bila harga gula naik Roti Gardenia pun naik 20sen. Ni yang hairan bin ajaib ni, tauke tauke yang menaikan harga barang brand brand mereka ni patutnya tak perlu naik, bukan gula sekilo letak dalam sebuku roti, minuman pula kalau di"reduce"kan gula kan bagus, cut cost mereka malah mereka mendapat untung lagi. Kalau pergi Kelantan, Trengganu, certain area kat Pahang kalau taste makanan kuih muih, minuman ni, fuyooo naik reput gigi manisssss...patutlah Kelantan dibrandkan sebagai negeri paling ramai yg mendapat kencing manis. Nasib baik aku dikatagorikan tak makan manis, gula pun sekilo 6 bulan baru habis, itu pun kalau orang tua datang eheheheh...sekarang ni kira 50 percent organic 50 percent non- organic. Sebagai pembeli kita patut "boikot" certain product baru ada akal sikit.
Bukan apa, kalau kerja gomen lainlah, dah terang terang semua ada, pencen ada, elaun rumah ada, loan 100 percent, incl bonus sebulan kalau tak de sebulan ada gak saguhati. Ni kalau dah kerja swasta bukan kata bonus pencen pun tak dak...elek pocik. Tu pun ada jugak puak puak mengutuk kerajaan nak itu nak ini, nak compare swasta punya gaji melayu nak dapat tinggi increment boleh jalanlah, 5 percent pun belum tentu compare bangsa lain yang terang terang ada yang 5 ke 10 percent dapat increment, dah tu rumah pun kena sewa, orang gomen rumah sebiji, apartment ada jugak tak payah nak fikir travel jauh jauh. Tapi paling highest vandalism datang dari rumah gomen, bukan apa mentang mentang dapat free, cuba rumah sendiri tau pulak nak marah. Sama jugak dengan rumah PPR, dah ada rumah tak tau jaga, bila tak da rumah pok pek pok pek semua tak kena, itulah manusia, tak pernah rasa syukur dengan apa yang ada suka sangat buat comparison dengan negara luar. Kalau rasa negara luar bagus elok tapau je laa barang satu rumah duduk tempat orang lagi bagus.
Orang melayu pun tak boleh duduk semeja, asyik nak "bertekak" aja. Nampak sangat betapa "mulia" orang melayu dengan sifat sopan santun, toleransi. Leceh betul dengan puak puak yang nak tunjuk pandai ni. Kalau dah nampak benda tu panas tak payahlah nak memanaskan lagi api yang membara, sepatutnya kita ambik pendekatan padamkan terus api serta bara atau ambil air curah je padam terus, kemudian selesaikan secara baik baik. Yang merugikan kita orang melayu. Bangsa lain kutuk belakang pun kita tak sedar, ye laa dah tak tahu bahasa mereka, kita pandang belakang mereka senyum..mcm Ahmad Nisfu cakap senyum ada makna...yang rugi Orang Melayu, sepatut pemimpin-pemimpin islam terutama orang melayu patut bersatu bukan bersatu dalam satu pakatan tetapi bila ada krisis hal hal orang melayu serta agama islam, puak puak parti orang melayu ni patut duduk semeja berbincang serta mencari jalan penyelesaian. Ni tidak, dalam satu puak pun boleh jadi macam macam merba pemimpin ulama kata ini, pemimpin muda moden pula cakap ini tak kosisten dan sepakatan, jadi macamana, nak tunding jari pada satu parti lain tidak adillah namanya.
Apun pun terpulanglah setiap manusia ada akal fikiran untuk memikirkan baik serta buruk, kalau kita mendoakan keburukan orang tempiasnya dapat balik kepada kita, kalau kita mendoakan kebaikan maka kebaikanlah kita perolehi. Setiap manusia ada pendapat mereka cuma cara saja berlainan. Kalau bukan ahli politik elok kita tidak memcampuri urusan politik kerana yang nak sakit demam pening kepala itu kita, at the end doctor jugak yang buat duit. Yang penting sekarang kita kena fikir macamana kita hendak hidup aman damai, nak mencari rezeki serta buat duit untuk hari tua. Hidup kalau mengalah bukan hidup namanya, susah tak bererti susah selamanya tanpa usaha, setiap apa yang diusahakan kalau berjaya kenalah bersyukur dan jangan lupa zakat kena bayar...
